Assalamualaikum,
Berbincanglah apa saja, mengenai agama Islam khususnya.....
Wassalam
Wa alaikum salam,
Perbuatan menfitnah / menuuduh orang lain tanpa bukti kukuh adalah dilarang dalam Islam. Memang dah jelas dalam hadith menyebut bahawa orang-orang yang menuduh mesti kena bawa saksi, jika tidak, ia tidak dianggap bersalah.
Memang sudah jadi sifat manusia sekarang suka menuding jari ke arah orang lain, sedangkan tanpa disedari satu jarinya menuding ke arah orang lain, dan 4 jarinya yang lain menuding ke arah dirinya sendiri.
Sepatutnya orang itu meminta maaf terhadap saudari. Dosa sesama manusia hendaklah diselesaikan sesama manusia. Allah tidak akan ampunkan dosa manusia yang berbuat dosa terhadap manusia lain. Di Akhirat nanti, mereka akan jadi 'muflis' di atas banyaknya tanggungan dosa orang lain. Kerana, masing-masing di Akhirat nanti akan pergi menuntut kepadanya, maka habis lah pahala amalan baiknya dan jadilah dia si muflis.
Berkenaan tindakan saudari belajar secara part-time, sayugialah saudari memberitahu majikan saudari kerana saudari bekerja di bawahnya. Bahkan, itu bukannya perkara yang tak baik. Tentu boss lebih suka. Sekurang-kurangnya jika boss tahu, kenaikan pangkat mudah diuruskan, akan dapat cuti tanpa rekod kalau nak exam nanti (kalau tak silap saya lah) dsb. Selain undang-undang Allah kita kena taat, peraturan-peraturan yang dibuat oleh manusia juga perlu diikut jika untuk kebaikan bersama.
Saya buat komentar ini secara umum berdasarkan cerita saudari...dan saya tak tahu cerita di sebelah pihak yang lain. Saudari mengatakan yang buat 'onar' itu terdiri daripada orang yang berfahaman agama dari satu parti politik yang suka cakap pasal agama.
Saya rasa ada sebab kenapa boleh jadi macam tu. Saudari kena juga lihat diri saudari, di mana yang tak kena sehingga perkara demikian boleh berlaku. Saya tak menuduh saudari tak baik. Tapi sewajarnya satu-satu perkara yang berlaku itu kita mesti buat muhasabah.
Wallahu a'lam.
--- --- --- --- --- --- --- --- ---
Replying to:
Assalamualaikum...
Di sini saya ada cerita sedih untuk dibaca oleh kamu semua sebagai pedoman. Jikalau sesiapa yang setuju/ tidak setuju dengan tindakan saya sila komen supaya saya tidak tersilap langkah kelak.
Saya pernah difitnah mencuri oleh beberapa orang Pegawai di sini dan yang paling pedih, mereka suruh dan paksa saya minum air yang kononnya telah dijampi dengan air Yasin..Yang peliknya, terdapat orang lain yang juga yang ada pada waktu kejadian, tetapi mereka tetap kata saya lakukannya. Walaupun saya memang tak bersalah dan tak tahu menahu tentang kecurian tersebut, saya tetap minum air tu walaupun saya tahu bahawa mereka memang nak kenakan saya. Saya tabahkan hati melangkah ke pejabat walaupun pada masa tu semua kakitangan dan sahabat baik saya memandang serong pada saya.
Semua orang, termasuk umur dah lanjut tundingkan jari ke arah saya. Saya benar-benar hiba hanya tabahkan hati dan berserah kepada Allah di atas apa yang berlaku dan berharap 'Magic' terhadap perkara ini. Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yakin bahawa saya tak bersalah dan dia hantar bukti tersebut kepada makmal pejabat untuk analisis cap jari. Akhirnya, kebenaran pun wujud, kerana yang mencuri itu terdiri dari kalangan pegawai yang tuduh saya mencuri tempohari. Para pegawai yang ada terkejut besar kerana bukti tersebut sahih...dan cap jari saya yang kecil comel ini langsung tak ada!!! Saya amat berterima kasih kepada orang itu. Alhamdulillah..!
Oleh kerana semua pegawai dan kakitangan yang lain terasa malu sendiri terhadap saya, perkara ini mereka diamkan. Pencuri berkenaan hanya dinasihatkan berhenti secara baik, walaupun sebelum itu, mereka ugut akan report kepada Polis kalau saya tetap tak mengaku. Lihatlah...penindasan terhadap orang bawahan telah berlaku. Saya redha dengan kehendakNya dan saya anggap sebagai ujianNya kepada saya. Namun, apa yang dikhuatirkan, saya masih lagi mengingati kejadian hitam tersebut dan sehingga kini saya berdendam dengan mereka semua kerana mereka tidak meminta maaf kepada saya selepas itu.
Dalam hati saya ini mendoakan sesuatu yang malang akan menimpa mereka yang memfitnah saya. Saya rasa macam perangai saya teruk, tetapi apabila fikirkan perbuatan mereka terhadap saya, saya makin marah kerana merekalah reputasi saya terjejas teruk. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk sambung study untuk buktikan bahawa tidak semua kerani bodoh belaka dan baru-baru ini, pegawai yang sama tuduh saya kononnya saya ini seorang kakitangan yang tidak berdisiplin kerana nak belajar tak bagi tahu pejabat.
Adakah dia berhak menentukan masa depan saya sebagai Hamba Allah? Saya sendiri tidak pernah melawan cakapnya walaupun saya benci tengok muka dia. Pegawai ini adalah di kalangan parti yang suka cakap fasal agama...tapi tingkah-lakunya tidak mencerminkan langsung sebagai mereka yang berpendidikan agama...Saya faham..tak semua orang okey..tapi, adakah saya bersalah seandainya saya terus menerus membencinya kerana sikapnya yang suka mengumpat, menghina, memfitnah dan bodek Big Boss kami?
Kalau saya salah..sila beri pandangan terutamanya buat Ustaz Marzuki.
Wassalam...