Return to Website

Forum Al-Islam

Assalamualaikum,

Berbincanglah apa saja, mengenai agama Islam khususnya.....

Wassalam

Forum Al-Islam
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: penawar duka


Assalamualaikum



Kakak simpati apa yang berlaku terhadap adik, anggaplah ia sebagai ujian dari Allah. Belum dikira beriman seseorang itu sebelum Allah mengujinya habis-habisan. Lupakanlah hasrat adik untuk membalas dendam terhadap mereka yang terlibat kerana memberi maaf itu adalah lebih baik dari membalas dendam.



Sekiranya hingga kini adik masih tidak boleh melupakan peristiwa tersebut maka kakak cadangkan carilah kerja di tempat lain, mudah-mudahan dengan berhijrah ke tempat baru hidup adik lebih ceria dari sekarang InsyaAllah


--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:

Assalamualaikum...




Di sini saya ada cerita sedih untuk dibaca oleh kamu semua sebagai pedoman. Jikalau sesiapa yang setuju/ tidak setuju dengan tindakan saya sila komen supaya saya tidak tersilap langkah kelak.




Saya pernah difitnah mencuri oleh beberapa orang Pegawai di sini dan yang paling pedih, mereka suruh dan paksa saya minum air yang kononnya telah dijampi dengan air Yasin..Yang peliknya, terdapat orang lain yang juga yang ada pada waktu kejadian, tetapi mereka tetap kata saya lakukannya. Walaupun saya memang tak bersalah dan tak tahu menahu tentang kecurian tersebut, saya tetap minum air tu walaupun saya tahu bahawa mereka memang nak kenakan saya. Saya tabahkan hati melangkah ke pejabat walaupun pada masa tu semua kakitangan dan sahabat baik saya memandang serong pada saya.




Semua orang, termasuk umur dah lanjut tundingkan jari ke arah saya. Saya benar-benar hiba hanya tabahkan hati dan berserah kepada Allah di atas apa yang berlaku dan berharap 'Magic' terhadap perkara ini. Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yakin bahawa saya tak bersalah dan dia hantar bukti tersebut kepada makmal pejabat untuk analisis cap jari. Akhirnya, kebenaran pun wujud, kerana yang mencuri itu terdiri dari kalangan pegawai yang tuduh saya mencuri tempohari. Para pegawai yang ada terkejut besar kerana bukti tersebut sahih...dan cap jari saya yang kecil comel ini langsung tak ada!!! Saya amat berterima kasih kepada orang itu. Alhamdulillah..!




Oleh kerana semua pegawai dan kakitangan yang lain terasa malu sendiri terhadap saya, perkara ini mereka diamkan. Pencuri berkenaan hanya dinasihatkan berhenti secara baik, walaupun sebelum itu, mereka ugut akan report kepada Polis kalau saya tetap tak mengaku. Lihatlah...penindasan terhadap orang bawahan telah berlaku. Saya redha dengan kehendakNya dan saya anggap sebagai ujianNya kepada saya. Namun, apa yang dikhuatirkan, saya masih lagi mengingati kejadian hitam tersebut dan sehingga kini saya berdendam dengan mereka semua kerana mereka tidak meminta maaf kepada saya selepas itu.




Dalam hati saya ini mendoakan sesuatu yang malang akan menimpa mereka yang memfitnah saya. Saya rasa macam perangai saya teruk, tetapi apabila fikirkan perbuatan mereka terhadap saya, saya makin marah kerana merekalah reputasi saya terjejas teruk. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk sambung study untuk buktikan bahawa tidak semua kerani bodoh belaka dan baru-baru ini, pegawai yang sama tuduh saya kononnya saya ini seorang kakitangan yang tidak berdisiplin kerana nak belajar tak bagi tahu pejabat.




Adakah dia berhak menentukan masa depan saya sebagai Hamba Allah? Saya sendiri tidak pernah melawan cakapnya walaupun saya benci tengok muka dia. Pegawai ini adalah di kalangan parti yang suka cakap fasal agama...tapi tingkah-lakunya tidak mencerminkan langsung sebagai mereka yang berpendidikan agama...Saya faham..tak semua orang okey..tapi, adakah saya bersalah seandainya saya terus menerus membencinya kerana sikapnya yang suka mengumpat, menghina, memfitnah dan bodek Big Boss kami?




Kalau saya salah..sila beri pandangan terutamanya buat Ustaz Marzuki.




Wassalam...